Welcome visitor you can login or create an account.
Ustaz Mohd Taha

 

Ustaz Mohammad Taha bin Hj. Hassan al-Qusyasyi

Dilahirkan pada 26 April 1981 dan berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan putera kepada al-Fadhil Ustaz Tan Sri Hj. Hassan Azhari yang terkenal dengan sumbangan beliau yang besar dalam bidang tajwid dan tarannum al-Quran. Bercita-cita mengikut jejak ayahandanya, Ustaz Taha yang kini melanjutkan pelajarannya sehingga berjaya beroleh Diploma dalam tiga bidang iaitu al-Quran dan Sunnah (KISDAR), Tafsir wa Ulum al-Quran (MADEWA) dan Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab (Universiti Zamalik, Mesir). 
Sifat yang dahagakan ilmu mendorong beliau meneruskan pelajarannya ke peringkat ijazah Usuluddin Tafsir wa Ulum al-Quran dan kini sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Usuluddin Hadith di Universiti al-Azhar, Mesir. Dalam kesibukan menuntut ilmu beliau turut mengambil peluang mendapatkan sanad al-Quran dan Hadith dari beberapa orang Sheikh termasuk ayahandanya sendiri. Antara guru talaqqi beliau adalah Sheikh Mahmud Amin Tantawi, Sheikh Hafiz Sani’, Sheikh Jabir al-Shafie dan Sheikh Muhammad Said Mamduh.
Display: List / Grid
Show:
Sort By:
payment methods
Powered By OpenCart
Inteam Mobile Online Mall © 2014